Tuesday, February 15, 2022

KEJOHANAN TERBUKA WOODBALL PEKAN

 

1.2.2022 - Telah berlangsungnya Kejohanan Woodball Terbuka Pekan di laman Woodball Kespada Pekan yang mana 5 orang staf PMS telah menyertai kejohanan tersebut iaitu En Azlan, Azham (JSKK), Hj Che Ku Ihsan (JKM), En Muhad (Perpustakaan) dan Zainudin (Pemandu). Diharapkan mereka semua berjaya mengharumkan nama PMS di kejohanan ini.

Monday, February 7, 2022

MSP, PMS JALIN KERJASAMA PEMBANGUNAN SUKAN

 


25 Januari 2022 - Majlis Sukan Pahang dan Politeknik Muadzam Shah menandatangani Sijil Kerjasama (CoC) dalam usaha mempertingkatkan pembangunan sukan di Pahang. Pada majlis itu, MSP diwakili pengarahnya, Zamri Hassan manakala Pengarah PMS, Hassan Ismail mewakili PMS yang diadakan di Ivory Inn PMS, semalam.

Majlis Sukan Pahang telah diwakili oleh En. Zamri bin Hassan, Pengarah Majlis Sukan Pahang manakala Politeknik Muadzam Shah diwakili oleh Tuan Haji Hassan bin Ismail, Pengarah Politeknik Muadzam Shah.

Hadir manyaksikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Dato' Sri Mohd Johari Hussain yang juga Pengerusi MSP. Menerusi perjanjian itu, kerjasama antara MSP dan PMS dalam pembangunan program sukan di Pahang dapat memberi lebih ruang kepada pelajar dan atlet untuk terus memburu kejayaan dalam sukan disamping berjaya dalam akademik.

Sumber Fikrah Pahang



Thursday, February 3, 2022

FIRA ROBOWORLD SIMULCUP BRAZIL 2021

 

Syabas dan Tahniah kepada pasukan Robotik Politeknik Malaysia dalam kejohanan Roboworld SimulCup 2021 Brazil yang telah melabuhkan tirai pada 6 Disember 2021 dengan pencapaian

  • 2 Emas
  • 4 Perak
  • 3 Gangsa
Kejohanan edisi 2021 ini dilaksanakan dalam mod hybrid berikutan sekatan perjalanan antara negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Kejohanan kali ini dianjurkan di Sao Luis, Maranhao Brazil yang menyediakan gelanggang pertandingan secara bersemuka bagi negara-negara berhampiran mengambil bahagian.

Manakala bagi peserta negara-negara yang tidak dapat menyertai secara bersemuka, pertandingan dilaksanakan secara serentak (simultaneous) secara dalam talian berdasarkan zon masa negara masing-masing. Penghargaan kepada pasukan Robotik Politeknik Malaysia daripada :

  • Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Politeknik Muadzam Shah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
  • Politeknik Ibrahim Sultan
  • Politeknik Ungku Omar

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan dari pengurusan tertinggi JPPKK dan institusi kepada para pelajar dan pensyarah yang mengambil bahagian.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA