Tuesday, January 18, 2022

ROMPIN INTERNATIONAL CHESS OPEN 2016

 

Politeknik Muadzam Shah sekali lagi diberi peluang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia yang disertai oleh 230 peserta baru-baru ini. Turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah peserta daripada Indonesia dan Filipina.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan membabitkan kategori peserta Institut Pengajian Tinggi (IPT), Politeknik Malaysia, sekolah rendah dan menengah serta terbuka. Bagi catur diperingkat politeknik pula, inilah saluran atau satu peluang untuk menengahkan bakat pelajar yang hebat dalam permainan catur agar dapat mereka mewakili IPT ke pertandingan catur di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sambutan dari dalam dan luar negara sangat menggalakkan dan ini menggambarkan satu senario dalam sukan catur diperingkat IPT di negara kita. IPT yang mengambil bahagian termasuk Universiti Malaya, UPNP, USM, UIAM, UPSI, UKM dan kolej Mara Banting. Penganjur juga menyelitkan kategori peringkat sekolah bagi memberi pendedahan intensif disamping menyuburkan budaya meminati sukan catur dikalangan generasi muda.

Peserta dari Filipina mendominasi peringkat akhir dengan menguasai tempat pertama hingga keempat kategori terbuka manakala Politeknik Merlimau, Melaka mengusai dalam kategori politeknik. Juara bagi kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Monday, January 17, 2022

PELANCARAN BULAN SUKAN NEGARA DAERAH ROMPIN

 

Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Rompin telah diadakan di Kompleks Sukan Politeknik Muadzam Shah pada 12 Oktober 2019. Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk para peserta yang hadir. PMS telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini disamping kita dapat mengeratkan hubungan dengan agensi dan komuniti luar. Ini terbukti dengan jayanya apabila Bulan Sukan Negara anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin telah berjaya menarik lebih 100 penyertaan yang terdiri daripada pelajar sekolah di sekitar Bandar Muadzam Shah dan penyertaan dari pelajar-pelajar PMS.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA