Politeknik Muadzam Shah sekali lagi diberi peluang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia yang disertai oleh 230 peserta baru-baru ini. Turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah peserta daripada Indonesia dan Filipina.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan membabitkan kategori peserta Institut Pengajian Tinggi (IPT), Politeknik Malaysia, sekolah rendah dan menengah serta terbuka. Bagi catur diperingkat politeknik pula, inilah saluran atau satu peluang untuk menengahkan bakat pelajar yang hebat dalam permainan catur agar dapat mereka mewakili IPT ke pertandingan catur di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sambutan dari dalam dan luar negara sangat menggalakkan dan ini menggambarkan satu senario dalam sukan catur diperingkat IPT di negara kita. IPT yang mengambil bahagian termasuk Universiti Malaya, UPNP, USM, UIAM, UPSI, UKM dan kolej Mara Banting. Penganjur juga menyelitkan kategori peringkat sekolah bagi memberi pendedahan intensif disamping menyuburkan budaya meminati sukan catur dikalangan generasi muda.
Peserta dari Filipina mendominasi peringkat akhir dengan menguasai tempat pertama hingga keempat kategori terbuka manakala Politeknik Merlimau, Melaka mengusai dalam kategori politeknik. Juara bagi kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
No comments:
Post a Comment